Kata Aku

SETIAP SESUATU YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS PASTINYA AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG MENGEMBIRAKAN....AMIN

Friday 8 July 2011

ISTERI BERDOSA BESAR MENOLAK POLIGAMI

"Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)", Datuk Nooh Gadut. Statement yang benar-benar membuat aku terkejut. Ya Allah kenapa jadi sampai macam ni. Sebenarnya sekiranya si suami tu adil dan benar-benar layak untuk berpoligami mengikut syariat yang telah ditetapkan memang wajarlah si isteri berdosa bila tidak memberikan kebenaran kepada si suami untuk berpoligami sebagaimana yang dinyatakan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,yakni adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami
Agar kemesraan itu abadi….
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Peliharalah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini.

Dan sekiranya aku menemui seseorang
Yang baru di dalam hidupk
Kau semaikanlah rasa kasih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
Kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu dengan lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin…amin..Yarabbal alamin…