Kata Aku

SETIAP SESUATU YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS PASTINYA AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG MENGEMBIRAKAN....AMIN

Monday 10 November 2014

INFO PENGETAHUAN AGAMA

Menurut Ilmu Hikmat (filsafat) isyarat bahwa jari tangan manusia adalah merupakan simbol keagaamaan (Islam)
  1. Pada setiap tangan manusia terdapat lima buah jari. Hal ini merupakan simbol atau perlambang dari Rukun Islam yang lima juga merupakan isyarat dengan Shalat Fardhu Lima Waktu.
  2. Pada jari kita terdapat ruas sebanyak 30, hal ini merupakan simbol bahwa Al Qur’an itu mempunyai 30 juz.
  3. Setiap telapak tangan kita terdapat garis yang berbentuk mirip dengan angka arab yaitu : = 18 dan = 81, bila kedua angka tersebut dijumlahkan totalnya 99, hal ini merupakan simbol dari Asma Allah Al Husna adalah 99 Nama.
  4. Ketika kita mengangkat tangan diangkat sejajar dengan kedua telinga. Hal ini merupakan bahwa Shalat Lima Waktu itu adalah sebanyak 17 raka’at.
Penjelasannya adalah : 10 jari kita dijumlahkan dengan 7 pintu yang terdapat dikepala kita, maka jumlahnya adalah sebnayak 17. tujuh pintu yang terdapat dikepala kita itu : dua mata, dua telinga, dua hidung dan satu mulut.

Sunday 13 July 2014

RAMADAN DATANG LAGI



Assalamualaikum......

Hari ini genap 16 hari umat Islam berpuasa.  Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia untuk menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh barakah ini.   Alhamdulillah tahun ini ketiga-tiga anak saya mula berpuasa penuh..

Ini bermakna hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Persiapan untuk anak-anak dan kuih raya masih belum di buat lagi...Last minit preparation lagi ni! semoga Allah permudahkan segalanya...

Rugi kalau kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Bagi Aku....harapan pada Ramadhan kali nie, aku nak jadikan puasa aku nie ditahap yang terbaik, bukan setakat menahan lapar dan dahaga jeee... hah..gitu lah lebih kurangnya.
PUASA ni diambil dari bahasa arab yang bermaksud diluar kebiasaan. Maksudnya dalam sebulan nie kita buat yang luar biasa. kalau biasa kita makan minum disiang hari. tapi pada bulan ni, kita tak makan dan minum disiang hari, tuuuu... kira diluar kebiasaan kita lah kan? Selain tu di juga ada cakap pasal niat puasa. Dia kata niat puasa ni..tak semestinya kita kena lafazkan, tapi kalau dah terlintas kat hati, atau dah bangun makan sahur tuuu pun dah kira berniat lah tu. Kalau nak lebih afdal lagi kita lafazkan lah niat tuuu...Pasal sahur dan berbuka pulak Ustaz cakap... elok dilewatkan sikit bersahur dan diawalkan berbuka. Lagi satu jangan lupa kejar malam LaitulQadar pada 10 malam terakhir kata Ustaz. perbanyakkan Qiamullail. Sekecil-kecil Qiamulail adalah kalau orang tuu dapat berjemaah Maghrib dan Subuh pada malam tersebut. Hah... tu yang paling kecik lah tuuu..

Bila tiba malam hari raya nanti, jangan seronok sangat nak raya, cuba baca SUBHANALLAHIWABIHAMDI banyak-banyak dan sedekahkan pada ahli keluraga kita yang telah meningal dunia. Kerana apa, mereka ni sebenarnya mula bersedih sebab dah tak boleh relax-relax lagi kat alam kubur tuu,maklum lah dah sebulan berehat dari seksaan alam kubur, habis sahaja Ramadhan, siksaan kubur berjalan semula, tu yang diorang sedih. jadi kita bantulah mana yang patut. sebab nanti kia pun menuju ke situ jugak. ( Kita tolong orang, nanti tuhan tolong kita pulak ) 

 KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

Sunday 7 July 2013

RAMADAN AL MUBARAK

Assalamualaikum...wwkt

Salam ramadan diucapkan kepada semua penganut agama Islam di seluruh dunia.  Diharapkan dengan kedatangan ramadan pada tahun ini kita akan dapat mencari pahala sebanyak-banyaknya dan mendekatkan diri pada Allah swt.

Smoga kedatangan Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya kerana kita tidak pasti apakah kita masih dipinjamkan nyawa oleh Allah swt untuk merasai nikmatnya Ramadan pada tahun hadapan. Walahualam..

Bulan penuh keberkahan ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dalam semua segi dan yang penting jangan membazir dan berbelanja lebih, ini adalah peringatan buat diri ku sendiri.

Bersederhana itu adalah sunnah Rasulullah....

SALAM RAMADAN AL MUBARAK...........:)





Monday 3 June 2013

JARAKKAN KEHAMILAN CARA TRADISI

Assalamualaikum.....

Hari ini aku ingin berkongsikan petua tradisional untuk jarakan kehamilan...apapun cara moden mungkin lebih mudah tetapi cara ini rasanya lebih selamat kerana bahan-bahan yang digunakan adalah mudah dan tidak mengandungi bahan kimia...jom kita sama-sama mencuba utk amalkannya....

Ramai menggunakan kaedah perancangan keluarga secara moden tetapi ada juga yang masih bimbang untuk mencubanya . Apa kata anda menggunakan kaedah secara tradisional yang lebih mudah dipraktiskan.


Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis. Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.. Minum sebulan sekali sebelum tidur. In Shaa ALLAH akan berhasil.

Cuba itu boleh tapi yang menentukan berjaya atau tidak adalah kuasa Allah Yg Maha Bekuasa...
Allahu Akbar. A operate .. soo memang kena hati2 .. ;)

Friday 3 May 2013

KHASIAT RUMPAI LAUT

Khasiat- khasiat rumpai laut

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

JOM AMALKAN PEMAKANAN SIHAT, TANPA BAHAN KIMIA, HALAL,YG PENTING MUJARAB..INSYA ALLAH



Thursday 2 May 2013

RUMPAI LAUT SABAH

Assalamualaikum.....
PENYEDIAAN RUMPAI LAUT

Pastinya rakan2 sedia maklum dengan revolusi rumpai laut yg kini melanda industri kesihatan dan kecantikan pada masa kini.  Saya merupakan pengamal pemakanan yang sihat ini dan sya dapati byk kesan dan saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan untuk mengamalkan pemakanan sihat ini.  

Pengenalan Rumpai Laut dan Jenis-Jenisnya
  • Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
  • Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.
  • Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan.
  • Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.
Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.
 
KESEUAIAN TAPAK PENGKULTURAN RUMPAI LAUT

a. Perairan laut terlindung
b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.



Program Pengkulturan Rumpai Laut

Program Pengkulturan Rumpai Laut ialah penyediaan infrastruktur asas dan sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut kepada kumpulan golongan sasar.




Objektif Program Pengkulturan Rumpai Laut

Menyediakan Zon Industri Rumpai Laut Negara khas bagi rumpai laut yang dilengkapkan dengan infrastruktur asas dan lain sistem sokongan industri oleh kerajaan bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut  dan pemprosesan produk nilai tambah berasas rumpai laut dan mengenalpasti lebih  banyak kawasan pengkulturan baru berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut seluruh negara.   

KAEDAH PENGKULTURAN
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu; 
  • Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35′x35′/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.
  • Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15′x85′/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.
  • Rawai (tangsi dan pelampung) 300′/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.
Memandangkan rumpai laut merupakan kumpulan tumbuhan yang banyak mendiami persekitaran laut, maka tumbuhan ini mempunyai peranan yang besar dalam kemandirian sistem ini. Memandangkan sumbangan besar yang dimainkan oleh tumbuhan tidak vaskular ini untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia, maka dirasakan kurang adil istilah rumpai digunakan pada flora ini. Lebih tepat lagi kita istilahkannya sebagai sayur-sayuran memandangkan tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas sebagai makanan.

Kepentingan ekonomi
a)     Makanan pencuci mulut
Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
     Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai 'limu' telah menjadi makanan kegemaran sejak turun temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha prolifera (alga hijau) danGracilaria coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga merah) yang dikenali sebagai 'purple laver' dimakan dengan beberapa cara. Alga merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat 'blancmange' dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai 'dulse' masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.

b)    Membuat teh dan kandi
Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau 'kombu') dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat the dan kandi. Undaria atau 'wakame' ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat 'nori' (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus 'sushi' (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).
     Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.

c)     Makanan haiwan dan baja
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kembing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.

d)    Bidang perubatan
Rumpai laut seperti MacrocystisLaminariaFucusSargassumTurbinariaHormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.

e)     Menghasilkan bahan kimia
Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik.
     Fikokoloid  kedua  yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus ('irish moss') di Atlantik Utara dan Eucheuma  di kawasan tropika. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping membaiki tekstur roti dan sup.


Kepentingan ekologi
a)     Ekologi samudera
Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai laut terutama alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu membendung dan mengurangkan daya ombak yang merempuh pantai. Selain itu, rumpai laut bersama-sama rumput laut (tumbuhan berbunga) bertindak untuk menstabilkan pinggir pantai dan mengurangkan hakisan.

b)    Menyediakan habitat
Rumpai laut menyediakan habitat yang sesuai untuk berbagai-bagai jenis hidupan laut seperti ketam, buran laut, tapak sulaiman, teritip, bunga karang dan alga kecil yang lain. Bentuknya yang rimbun mampu memberikan perlindungan daripada ombak dan juga pemangsa organisma-organisma ini. Organisma yang bersembunyi di celah-celah lamina rumpai laut ini kemudiannya menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut itu sendiri menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut terutama makanan untuk moluska. Rumpai laut yang terdampar di pantai akan mengalami pereputan dan memungkinkan kunjungan pelbagai jenis serangga terutama lalat. Organisma yang makan dan berlindung pada rumpai yang reput ini kemudiannya akan menjadi makanan kepada hidupan lain.
RUMPAI LAUT ASLI..
     Alga merah koralin mempunyai peranan yang tersendiri terutama di terumbu karang. Alga merah seperti PorolithonLithothamnion dan Lithopyllum menyumbangkan kalsium karbonat untuk pertumbuhan terumbu batu karang, malah kadangkala sumbangan kalsium karbonat ini lebih besar daripada yang diberikan oleh haiwan karang.
 
sila hubungi saya untuk pesanan dan maklumat berhubung rumpai laut saya tawarkan harga yang menarik untuk anda yg ingin menambah pendapatan sampingan.  Stok saya adalah asli dari Semporna...cepat2 amalkan pemakanan sihat...:) hubungi saya: Pn Suri 013-8888328

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA KATA....

Sudah agak lama juga saya tidak menghup date blog saya ni...sudah bersawang2 nampaknya..hmmmm...apapun kini saya ingin berkongsi byk cerita dgn semua rakan bloger2..
Saya ingin memperkenalkan ahli baru dalam keluarga saya...saya telahpun selamat melahirkan anak ke4 saya pada 18 Oktober 2012.  Amat menarik dan rezeki menyebelahi keluarga saya apabila anak saya dilahirkan selang sehari dengan tarikh lahir ayahnya yakni 17 Oktober, nampaknya hari jadi ayah dan anak ku akan disambut serentak! Alhamdulillah..berbalik kepada cerita anak saya, sepjg tempoh saya mengandung saya masih tidak mengetahui jantina anak saya, untuk makluman anda saya telahpun mempunyai 3 org anak 2 lelaki dan seorang girl dan saya amat-amat berharap agar saya mendapat anak gegurl lagi agar kakaknya Nur Elysha Natasya mempunyai kawan dan tidak dibuli oleh anak2 lelaki saya.   Saya teruja ingin mengetahui jantina anak saya tetapi pada masa sama saya berserah yang penting anak saya dilahirkan sihat, sempurna dan selamat.  Akhirnya persoalan terjawab saya telah melahirkan seorang anak perempuan yang comel dan di beri nama Nur Eryna Nyreina. Aku kini mempunyai 2 pasang anak perempuan dan lelaki.  Ya Allah jadikanlah zuriatku anak-anak yang soleh dan solehah amin....
Muhd Ezry Nazemi, Nur Elysha Natasya & Muhd Edry Nadzwan
NUR ERYNA NYRIENA