PENYEDIAAN RUMPAI LAUT |
Pastinya rakan2 sedia maklum dengan revolusi rumpai laut yg kini melanda industri kesihatan dan kecantikan pada masa kini. Saya merupakan pengamal pemakanan yang sihat ini dan sya dapati byk kesan dan saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan untuk mengamalkan pemakanan sihat ini.
Pengenalan Rumpai Laut dan Jenis-Jenisnya
- Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
- Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.
- Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan.
- Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.
Perbezaan
diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan
yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.
KESEUAIAN TAPAK PENGKULTURAN RUMPAI LAUT
a. Perairan laut terlindung
b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.
Program Pengkulturan Rumpai Laut
• Program Pengkulturan Rumpai Laut ialah penyediaan infrastruktur asas dan sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut kepada kumpulan golongan sasar.
Objektif Program Pengkulturan Rumpai Laut
• Menyediakan Zon Industri Rumpai Laut Negara khas bagi rumpai laut yang dilengkapkan dengan infrastruktur asas dan lain sistem sokongan industri oleh kerajaan bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut dan pemprosesan produk nilai tambah berasas rumpai laut dan mengenalpasti lebih banyak kawasan pengkulturan baru berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut seluruh negara.
b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.
Program Pengkulturan Rumpai Laut
• Program Pengkulturan Rumpai Laut ialah penyediaan infrastruktur asas dan sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut kepada kumpulan golongan sasar.
Objektif Program Pengkulturan Rumpai Laut
• Menyediakan Zon Industri Rumpai Laut Negara khas bagi rumpai laut yang dilengkapkan dengan infrastruktur asas dan lain sistem sokongan industri oleh kerajaan bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut dan pemprosesan produk nilai tambah berasas rumpai laut dan mengenalpasti lebih banyak kawasan pengkulturan baru berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut seluruh negara.
KAEDAH PENGKULTURAN
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu;
- Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35′x35′/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.
- Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15′x85′/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.
- Rawai (tangsi dan pelampung) 300′/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.
Memandangkan
rumpai laut merupakan kumpulan tumbuhan yang banyak mendiami
persekitaran laut, maka tumbuhan ini mempunyai peranan yang besar dalam
kemandirian sistem ini. Memandangkan sumbangan besar yang dimainkan oleh
tumbuhan tidak vaskular ini untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia,
maka dirasakan kurang adil istilah rumpai digunakan pada flora ini.
Lebih tepat lagi kita istilahkannya sebagai sayur-sayuran memandangkan
tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas
sebagai makanan.
Kepentingan ekonomi
a) Makanan pencuci mulut
Rumpai
laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia
telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun.
Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah
dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara
memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
Rumpai
laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan
ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain
mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai
karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan.
Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai 'limu' telah
menjadi makanan kegemaran sejak turun temurun. Dua spesies yang
digemari ialah Entermorha prolifera (alga hijau) danGracilaria coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga
merah) yang dikenali sebagai 'purple laver' dimakan dengan beberapa
cara. Alga merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang
dikeringkan dan digunakan untuk membuat 'blancmange' dan makanan pencuci
mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai 'dulse' masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.
b) Membuat teh dan kandi
Di
Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni.
Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang
telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau 'kombu') dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat the dan kandi. Undaria atau 'wakame' ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan
untuk membuat 'nori' (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam
sup dan sebagai pembungkus 'sushi' (nasi rebus yang disertakan dengan
ikan mentah dan landak laut).
Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.
c) Makanan haiwan dan baja
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh
diberikan kepada kembing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan
haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut
kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut
juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang
tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan
didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir
laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa
digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini
kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai
laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik
yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan
nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.
d) Bidang perubatan
Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah
digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit
seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi.
Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik,
antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah
spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras
kolestrol plasma.
e) Menghasilkan bahan kimia
Rumpai
laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali
sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri
pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah
menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak
mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal,
pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang
terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya
alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam
pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia
juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat,
farmasi, dadah dan antibiotik.
Fikokoloid kedua yang
boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini
diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus ('irish moss') di Atlantik Utara dan Eucheuma di
kawasan tropika. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mengandungi
kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk
membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim,
ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping
membaiki tekstur roti dan sup.
Kepentingan ekologi
a) Ekologi samudera
Rumpai
laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai
laut terutama alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut.
Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga
membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu
membendung dan mengurangkan daya ombak yang merempuh pantai. Selain itu,
rumpai laut bersama-sama rumput laut (tumbuhan berbunga) bertindak
untuk menstabilkan pinggir pantai dan mengurangkan hakisan.
b) Menyediakan habitat
Rumpai
laut menyediakan habitat yang sesuai untuk berbagai-bagai jenis hidupan
laut seperti ketam, buran laut, tapak sulaiman, teritip, bunga karang
dan alga kecil yang lain. Bentuknya yang rimbun mampu memberikan
perlindungan daripada ombak dan juga pemangsa organisma-organisma ini.
Organisma yang bersembunyi di celah-celah lamina rumpai laut ini
kemudiannya menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut
itu sendiri menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut terutama
makanan untuk moluska. Rumpai laut yang terdampar di pantai akan
mengalami pereputan dan memungkinkan kunjungan pelbagai jenis serangga
terutama lalat. Organisma yang makan dan berlindung pada rumpai yang
reput ini kemudiannya akan menjadi makanan kepada hidupan lain.
RUMPAI LAUT ASLI.. |
Alga merah koralin mempunyai peranan yang tersendiri terutama di terumbu karang. Alga merah seperti Porolithon, Lithothamnion dan Lithopyllum menyumbangkan
kalsium karbonat untuk pertumbuhan terumbu batu karang, malah
kadangkala sumbangan kalsium karbonat ini lebih besar daripada yang
diberikan oleh haiwan karang.
sila hubungi saya untuk pesanan dan maklumat berhubung rumpai laut saya tawarkan harga yang menarik untuk anda yg ingin menambah pendapatan sampingan. Stok saya adalah asli dari Semporna...cepat2 amalkan pemakanan sihat...:) hubungi saya: Pn Suri 013-8888328