Kata Aku

SETIAP SESUATU YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS PASTINYA AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG MENGEMBIRAKAN....AMIN

Sunday 13 July 2014

RAMADAN DATANG LAGI



Assalamualaikum......

Hari ini genap 16 hari umat Islam berpuasa.  Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia untuk menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh barakah ini.   Alhamdulillah tahun ini ketiga-tiga anak saya mula berpuasa penuh..

Ini bermakna hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Persiapan untuk anak-anak dan kuih raya masih belum di buat lagi...Last minit preparation lagi ni! semoga Allah permudahkan segalanya...

Rugi kalau kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Bagi Aku....harapan pada Ramadhan kali nie, aku nak jadikan puasa aku nie ditahap yang terbaik, bukan setakat menahan lapar dan dahaga jeee... hah..gitu lah lebih kurangnya.
PUASA ni diambil dari bahasa arab yang bermaksud diluar kebiasaan. Maksudnya dalam sebulan nie kita buat yang luar biasa. kalau biasa kita makan minum disiang hari. tapi pada bulan ni, kita tak makan dan minum disiang hari, tuuuu... kira diluar kebiasaan kita lah kan? Selain tu di juga ada cakap pasal niat puasa. Dia kata niat puasa ni..tak semestinya kita kena lafazkan, tapi kalau dah terlintas kat hati, atau dah bangun makan sahur tuuu pun dah kira berniat lah tu. Kalau nak lebih afdal lagi kita lafazkan lah niat tuuu...Pasal sahur dan berbuka pulak Ustaz cakap... elok dilewatkan sikit bersahur dan diawalkan berbuka. Lagi satu jangan lupa kejar malam LaitulQadar pada 10 malam terakhir kata Ustaz. perbanyakkan Qiamullail. Sekecil-kecil Qiamulail adalah kalau orang tuu dapat berjemaah Maghrib dan Subuh pada malam tersebut. Hah... tu yang paling kecik lah tuuu..

Bila tiba malam hari raya nanti, jangan seronok sangat nak raya, cuba baca SUBHANALLAHIWABIHAMDI banyak-banyak dan sedekahkan pada ahli keluraga kita yang telah meningal dunia. Kerana apa, mereka ni sebenarnya mula bersedih sebab dah tak boleh relax-relax lagi kat alam kubur tuu,maklum lah dah sebulan berehat dari seksaan alam kubur, habis sahaja Ramadhan, siksaan kubur berjalan semula, tu yang diorang sedih. jadi kita bantulah mana yang patut. sebab nanti kia pun menuju ke situ jugak. ( Kita tolong orang, nanti tuhan tolong kita pulak ) 

 KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

SALAM RAMADAN AL MUBARAK