Kata Aku

SETIAP SESUATU YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS PASTINYA AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG MENGEMBIRAKAN....AMIN

Friday 1 April 2011

Sandakan Bandarku

Sandakan dulunya adalah sebuah bandar terpencil dalam daerah Sabah kini telah menunjukan banyak kemajuannya.  Meskipun dikenali sebagai bandar hutan berikutan daripada flora dan fauna yang terdapat di daerah ini tetapi kemajuan semakin ketara.   Pelbagai bangsa menetap di daerah ini antaranya suku bajau, suluk, bugis dan sebagainya.  Dengan adanya kepelbagaian bangsa di daerah ini, terdapatlah kepelbagaian adat resam, makanan, sosio dan budaya yang dapat dilihat.  Sandakan juga terkenal dengan restoran makan lautnya yang lazat dan murah antaranya Restoran Pasir Putih, Restoran Ocean King dan Kenalanmu Seafood.   Terdapat banya tempat-tempat menarik yang terdapat di Sandakan antaranya ialah Taman Buaya, Pulau Selingan, Taman Burung, Labuk Bay, Sepilok, RDC Building dan banyak lagi yang pastinya tidak akan merugikan sesiapa yang berkunjung ke Sandakan.  Jadi datanglah ke Sandakan kerana anda pastinya teruja dengan keindahan flora dan budaya serta banyak lagi keistimewaannya.